Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tempahan Hotel Di N.Sembilan Cecah 90 Peratus Sempena Cuti Sekolah

19/09/2025 06:00 PM

SEREMBAN, 19 Sept (Bernama) -- Kadar tempahan bilik hotel di Negeri Sembilan terutama di Port Dickson mencecah kira-kira 90 peratus sempena musim cuti sekolah kali ini, kata Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan Haziz Hassan.

Beliau berkata perkembangan positif untuk sektor pelancongan itu direkodkan bermula Sabtu lepas hingga esok yang menunjukkan Negeri Sembilan turut menjadi tumpuan orang ramai untuk bercuti.

“Hampir semua bilik di hotel yang berdaftar dengan MAH habis ditempah dan ini tidak termasuk rumah inap desa di sekitar Jempol dan Kuala Pilah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ad Banner

Sementara itu, Haziz berkata usaha memperkukuh sektor pelancongan perlu terus dilaksanakan melalui kerjasama kerajaan negeri, penggiat industri dan komuniti setempat bagi memastikan pelancong dapat menikmati percutian berkualiti.

Beliau berkata antara faktor kedatangan pelancong ke negeri ini ialah tarikan pantai di Port Dickson selain keunikan adat Perpatih dan produk inap desa di samping promosi yang berterusan.

Dalam pada itu, Haziz berkata sebagai persediaan Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS) 2026, industri perhotelan di negeri ini bercadang mengadakan tawaran istimewa terhadap harga bilik hotel khususnya di sekitar Port Dickson kepada orang ramai yang membuat tempahan awal.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan