KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Lapan daripada sembilan fasiliti kesihatan yang terjejas akibat tanah runtuh di beberapa daerah di Sabah telah kembali beroperasi sepenuhnya sejak semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata satu lagi fasiliti yang belum beroperasi ialah Klinik Desa (KD) Gadong Papar, yang kini dalam proses pembersihan.
“Perkhidmatan kesihatan KD Gadong Papar telah dipindahkan buat sementara waktu ke Klinik Kesihatan (KK) Bongawan,” katanya dalam sidang media sempena program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, di sini hari ini.
Dzulkefly berkata fasiliti yang telah pulih ialah KD Gadong (Beaufort), KD Padas Lamit (Beaufort), KD Bangkalalak (Beaufort), KD Lingkungan (Beaufort), KD Sinokom (Beaufort), KK Membakut (Membakut), KD Pantai (Sipitang) dan KK Mendulong (Sipitang).
Media sebelum ini melaporkan beberapa daerah di Sabah termasuk Penampang, Kota Kinabalu,Papar dan Beaufort terjejas akibat banjir dan tanah runtuh serta meragut 13 nyawa manakala ribuan lagi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial