Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lubang Benam: Jalan Burma Di George Town Tutup Sementara

21/09/2025 02:59 PM

GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) -- Jalan Burma di sini ditutup sementara hari ini, susulan kejadian lubang benam berhampiran simpang masuk ke Jalan Transfer.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan penutupan membabitkan kedua-dua arah dari Jalan Penang iaitu dari Komtar dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menuju ke Jalan Burma, bagi membolehkan kerja pembaikan segera dilakukan.

Susulan itu, pengguna jalan raya akan dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong sepanjang tempoh pembaikan.

Ad Banner

“Anggota warden trafik MBPP dan polis turut ditempatkan di lokasi bagi mengawal aliran lalu lintas,” menurut MBPP menerusi hantaran Facebook.

MBPP menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

-- BERNAMA

Ad Banner

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan