Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

JPJ N.Sembilan Kesan 48 Kes Dalam Ops Lorong Kecemasan Di Lebuh Raya Plus

22/09/2025 03:20 PM

SEREMBAN, 22 Sept ( Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengesan 48 kes kesalahan menggunakan lorong kecemasan di Lebuhraya Plus Kuala Lumpur-Seremban menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak Sabtu lalu sehingga semalam.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata daripada jumlah itu, 22 kes telah diberi saman melalui Notis P22 manakala 26 kes lagi dirujuk melalui Notis 114 (Temu Siasat).

Menurutnya, bersempena cuti sekolah, terdapat pengguna jalan raya yang mengambil jalan pintas menggunakan lorong kecemasan untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

Ad Banner

“Risikonya termasuk menghalang pergerakan kenderaan kecemasan seperti ambulans dan bomba, yang mungkin lewat tiba ke lokasi kritikal. Kesalahan ini juga boleh mengakibatkan kemalangan membabitkan penunggang motosikal atau kenderaan rosak yang berada di lorong kecemasan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hanif Yusabra berkata sikap pemandu yang tidak sabar menjadi antara faktor utama kesalahan ini berlaku, apabila mereka mengambil jalan mudah untuk mempercepatkan perjalanan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab munasabah bukan sahaja menghalang pergerakan pasukan penyelamat, malah meningkatkan risiko kemalangan maut dan merupakan kesalahan serius di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan