Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

BUDI95 Bukti Komitmen Kerajaan Cegah Ketirisan Subsidi – Nga

22/09/2025 05:04 PM

PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) membuktikan komitmen kerajaan dalam mencegah ketirisan berbilion ringgit subsidi setiap tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata pengenalan BUDI95 bukan sahaja memastikan subsidi hanya dinikmati oleh warganegara Malaysia tetapi ia turut menutup ruang bagi warga asing yang tidak membayar cukai kepada negara untuk memanfaatkannya. 

“Dengan BUDI95, subsidi kerajaan kini disalurkan secara tepat dan adil khas untuk  warganegara Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner

Nga berkata program itu juga menunjukkan kerajaan sentiasa mengimbangi tanggungjawab memastikan kebajikan rakyat dengan menjaga fiskal negara.

“Ini ialah semangat Malaysia MADANI dengan memastikan tiada yang tertinggal dan setiap sen dibelanjakan memberi manfaat sebenar kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter, berkuat kuasa 30 Sept ini melalui penyasaran subsidi di bawah program BUDI95.

Ad Banner

Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pendaftaran Negara, lebih 16 juta rakyat Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada program berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan