Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan

22/09/2025 06:35 PM

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata Nur Alina Abdullah kali terakhir dilihat di sekitar Jalan Harmoni Indah 1, Taman Harmoni Indah, Seri Kembangan, Selangor pada kira-kira 4.15 petang.

“Laporan kehilangan Nur Alina yang kurus dan berketinggian kira-kira 160 sentimeter itu diterima pada 12.40 tengah hari, Ahad lepas.

Ad Banner

“Ketika kali terakhir dilihat, beliau memakai tudung hitam, kardigan hitam, kemeja-T berwarna merah dan seluar hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Nur Alina diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat kes Sjn Mastura Mat di talian 011-26259679.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan