Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

UM Sedia Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan Terima Tawaran Pengajian

26/09/2025 06:19 PM

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Universiti Malaya (UM) menyeru pelajar kurang berkemampuan yang menerima tawaran pengajian agar tidak menolak peluang itu kerana pelbagai bentuk bantuan disediakan melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

UM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai satu hantaran media sosial melibatkan seorang calon yang menolak tawaran ke program ijazah dasar universiti itu kerana tidak mampu menjelaskan yuran kemasukan.

“Universiti Malaya menyampaikan rasa simpati dengan situasi penerima tawaran itu dan akan membantu agar beliau tidak keciciran daripada mengikuti pengajian ke peringkat tinggi.

Ad Banner

“Penerima tawaran yang tidak berkemampuan dinasihatkan untuk menghubungi talian 03-7967 7750 atau e-mel srw_hep@um.edu.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bentuk dan kaedah bantuan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

UM turut menegaskan surat tawaran kemasukan boleh dijana sendiri oleh penerima tanpa sebarang bayaran dan menekankan komitmen mereka untuk memastikan akses pendidikan tinggi bertaraf dunia terus terbuka kepada semua pihak demi kemajuan negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan