Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Narwal Lancar Vakum Robot Pintar Terbaharu Di Malaysia

28/09/2025 08:12 PM

SHAH ALAM, 28 Sept (Bernama) -- Narwal, peneraju global teknologi pembersihan rumah memperkenalkan rangkaian penyelesaian pembersihan pintar terbaharu dengan setiap produk mencerminkan misi jenama itu untuk menjadikan kerja pembersihan lebih bijak, cekap dan mudah bagi memenuhi pelbagai gaya hidup serta keperluan isi rumah di seluruh dunia.

Tiga produk yang diperkenalkan ialah Narwal Freo Flow dan Narwal Freo X10 Pro kedua-duanya pembersih vakum robotik serta Narwal S30 Wet & Dry Vacuum Cleaner iaitu sistem pembersih lantai mudah alih, kesemuanya direka untuk tahan lama, mewah dan menepati gaya hidup pengguna.

Ketua Jenama Global Narwal Icey Bin berkata sebagai perintis dalam teknologi pembersihan pintar, syarikat itu sentiasa berpegang pada falsafah pembersihan menyeluruh dengan setiap produk diberi perhatian terperinci, mencerminkan usaha berterusan juruteranya dalam mengejar tahap kebersihan sebenar.

Ad Banner

“Bagi kami, pembersihan bukan sekadar menyingkirkan habuk pada permukaan, sebaliknya ia adalah usaha meningkatkan kualiti hidup.

“Memandang ke hadapan, Narwal akan terus memperkenalkan penyelesaian pembersihan yang lebih pintar, elegan dan berpusatkan manusia, sekali gus membebaskan keluarga daripada beban kerja rumah supaya mereka benar-benar dapat menikmati keselesaan, kebebasan dan kegembiraan berada dalam kediaman yang bersih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai produk itu, beliau berkata Narwal Freo Flow direka untuk kediaman yang mementingkan gaya serta fungsi. Dengan binaan nipis dan bergaya, ia boleh bergerak dengan mudah di bawah katil, sofa serta perabot rendah, sambil memberikan kuasa sedutan 22,000 Pa yang mengagumkan pada tahap bunyi kurang daripada 60 desibel (dB).

 Narwal Freo Flow yang dikuasakan oleh bateri 6,400 mAh juga dilengkapi stesen asas pintar serta teknologi tangki air berkembar yang memisahkan air bersih dan kotor sepenuhnya, memastikan setiap cucian mop adalah sebersih cucian pertama.

Narwal Freo X10 Pro pula dibangunkan untuk kediaman yang memerlukan pembersihan mendalam dan konsisten tanpa kompromi. Dengan kuasa sedutan ultra 11,000 Pa, ia mampu menyedut bulu haiwan peliharaan, habuk serta kotoran daripada setiap permukaan dengan mudah, manakala tahap bunyi operasi yang kurang daripada 57 dB menjadikannya mesra pengguna dalam rumah yang mempunyai kanak-kanak atau haiwan peliharaan.

“Dengan bateri 5,200 mAh, Narwal Freo X10 Pro mampu beroperasi sehingga 219 minit dengan hanya sekali cas, sambil menyedut hampagas dan mengemop secara serentak. Tangki air berkembar (5 liter bersih / 4.75 liter kotor) memastikan air bersih dan kotor sentiasa terasing, menjamin setiap cucian mop adalah bersih. Tahan lasak, kalis air IPX2 dan dilengkapi jaminan setahun, Narwal Freo X10 Pro direka untuk prestasi harian yang boleh dipercayai,” katanya.

Icey Bin berkata Narwal S30 Wet & Dry Vacuum Cleaner pula direka untuk gaya hidup moden yang pantas, bagi mengatasi masalah kotoran harian dengan lebih mudah. Sama ada tumpahan bijirin, najis haiwan peliharaan atau kesan lumpur selepas hari hujan, produk ini berupaya menyedut dan mengemop serentak, menjadikan lantai bersih semula.

Dengan rangka ringan serta kawalan intuitif, Narwal S30 Wet & Dry Vacuum Cleaner berasa lebih seperti kelengkapan isi rumah penting berbanding sekadar alat kerja rumah. Kuasa sedutan 20,000 Pa membolehkannya menangani kotoran basah dan kering dengan mudah, manakala fungsi pembersihan sendiri memastikan berus sentiasa bersih untuk digunakan semula.

“Reka bentuk Narwal S30 Wet & Dry Vacuum Cleaner turut mengatasi masalah rambut tersangkut menerusi sistem Cut & Comb De-Tangle yang memotong dan menyisir rambut sebelum ia terbelit, sekali gus mengekalkan prestasi jangka panjang.

“Ia juga mampu membersihkan hampir ke tepi dinding dengan teknologi TripleEdge Precision, memudahkan pembersihan dinding serta papan alas lantai dengan jurang minimum. Selain itu, ia dilengkapi sistem kitaran air yang cekap, aliran air bersih, pengekstrakan air kotor dan suapan berterusan bagi memastikan air mop sentiasa bersih,” katanya.

Narwal Freo Flow, Narwal Freo X10 Pro dan Narwal S30 Wet & Dry Vacuum Cleaner kini boleh didapati dengan harga masing-masing RM5,499, RM2,699 dan RM1,699 di platform Lazada, Shopee dan TikTok Shop, serta di cawangan Aihome di Sunway Velocity, Plaza Low Yat dan IOI City Mall.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan