Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Masyarakat Bantu SPRM Sebar Mesej Antirasuah

30/09/2025 02:16 PM

SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dengan kerjasama Pengurusan Masjid Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam telah menganjurkan Program Key Communicator “Komuniti Benci Rasuah” yang bertujuan memperkukuh peranan komuniti dalam menyebarkan mesej antirasuah serta meningkatkan kesedaran terhadap bahaya dan implikasi akibat rasuah.

 

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli berkata, program itu turut dihadiri oleh Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Adun Kota Anggerik yang merupakan Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor dan lebih 120 orang yang terdiri daripada ahli kariah Masjid Raja Tun Uda, komuniti setempat Seksyen 16.

Ad Banner

 

Beliau berkata, ceramah khas bertajuk “Rasuah: Amanah Yang Dikhianati” telah disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Islam Selangor, Dato’ Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah yang mengupas berkaitan konsep amanah dan integriti dalam Islam serta tanggungjawab individu serta masyarakat dalam memerangi rasuah.

 

Turut diadakan pameran pencegahan rasuah oleh SPRM Selangor sebagai medium interaktif bagi memberi maklumat kepada masyarakat mengenai fungsi dan peranan SPRM serta kaedah melaporkan perbuatan rasuah. 

 

"Melalui pelaksanaan program seperti ini, SPRM Selangor terus komited memperkukuh sinergi bersama masyarakat dalam membentuk komuniti berintegriti dan bebas rasuah," katanya ketika menyempurnakan program itu di sini, semalam.

 

Majlis yang diadakan selepas solat Maghrib itu diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan bahan kempen antirasuah oleh Pengarah SPRM Selangor kepada Dr. Mohd Farid Ravi serta Pengerusi Masjid Raja Tun Uda, Ustaz Khairul Anuar sebagai tanda penghargaan atas jalinan kerjasama yang dijalinkan.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan