Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

UTM Perkenal Menu Siswa Rahmah, Manfaat 9,000 Pelajar B40

30/09/2025 03:48 PM

JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) -- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkenalkan inisiatif Menu Siswa Rahmah yang memanfaatkan 9,000 pelajar B40 bermula 6 Okt ini dalam usaha membantu menangani kos sara hidup. 

Naib Canselor UTM Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim berkata sebanyak 14 kafe menawarkan menu seimbang pada harga RM5 sekali gus meringankan beban perbelanjaan dan memberikan manfaat kepada mereka yang berkelayakan. 

Beliau berkata pelaksanaan inisiatif itu dipermudah menerusi aplikasi UTM Smart iaitu pelajar hanya perlu mengimbas sistem kod QR untuk mengakses menu berkenaan.

Ad Banner

"Oleh itu, kita telah memperuntukkan sebanyak RM90,000 khusus bagi pembelian beras untuk tempoh enam bulan pertama, selain merancang pelbagai inisiatif kutipan dana bagi memastikan kesinambungan program pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Shafry berkata pengusaha kafe yang menyokong usaha itu menerima sijil penghargaan daripada universiti manakala pelajar terpilih menerima Kad Prihatin Siswa daripada Naib Canselor sebagai tanda kelayakan untuk membuat pembelian Menu Siswa Rahmah.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan