Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bernama Terima Kunjungan Delegasi PRactitioners, Perkukuh Kerjasama 

02/10/2025 06:12 PM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pengamal Perhubungan Awam Malaysia (PRactitioners) di Wisma Bernama di sini.

Pertemuan yang bermula pada 10.30 pagi itu menjadi platform perbincangan mengenai kerjasama strategik antara Bernama dengan pengamal perhubungan awam, khususnya dalam bidang media dan komunikasi.

Perbincangan itu turut menyentuh pelbagai peluang kerjasama termasuk perkongsian kepakaran, penganjuran program bersama serta pengukuhan rangkaian antara Bernama dengan komuniti PR di Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

Delegasi PRactitioners diketuai Pengerusinya Datuk P. Kamalanathan bersama Pengarah Perhubungan Awam dan Digital Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid serta beberapa pimpinan tertinggi persatuan itu.

Pengurusan tertinggi Bernama yang hadir ialah Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Azlina Aziz, Ketua TV Bahagian Penyiaran Nor Hamzeela Md Hambali, Ketua Radio Bahagian Penyiaran Azlan Idris serta Ketua Jabatan Komersial Mastura Hassan.

Sementara itu, Kamalanathan berkata pihaknya terus menyokong peranan agensi berita itu dan berhasrat mahu mengukuhkan jalinan kerjasama menerusi projek The Global Public Relation Conference and Festival 2025 yang bakal diadakan pada November ini.

Ad Banner

Beliau berkata PRactitioners dan Bernama juga berhasrat menganjurkan siri bengkel di seluruh negara untuk berkongsi pengalaman serta kesalinghubungan dalam bidang kewartawanan dan perhubungan awam.

“Kita juga telah memaklumkan kepada pihak pengurusan Bernama bagaimana Persatuan Pengamal Perhubungan Awam Malaysia dapat bekerjasama dengan Bernama untuk mengukuhkan lagi industri perhubungan awam dan kewartawanan.

“Hasrat kami ialah untuk memastikan kesinambungan industri komunikasi ini berada di landasan yang baik dan kami kagum atas pencapaian Bernama dari sejak zaman kita merdeka hingga hari ini dan bagaimana Bernama telah membantu meluaskan kuasa kewartawanan dan pemakluman kepada orang ramai,” katanya.

Delegasi PRactitioners turut dibawa meninjau ke bilik berita Jabatan Pengarang, Bernama TV dan Bernama Radio bagi melihat secara lebih dekat operasi penyampaian maklumat serta proses editorial dan penyiaran yang dilaksanakan oleh agensi media itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan