Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Agong Dipersembahkan Cadangan Belanjawan 2026

09/10/2025 12:09 PM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima persembahan cadangan Belanjawan 2026 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dokumen itu dipersembahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika memberikan taklimat berkaitan Belanjawan 2026 kepada editor media di Putrajaya semalam, berkata Belanjawan Kerajaan MADANI Keempat itu akan menumpukan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi serta memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif.

Ad Banner
Ad Banner

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman Parlimen, Perdana Menteri dijadual membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat pada 4 petang esok.

Rang undang-undang itu akan dibahaskan Ahli-ahli Parlimen selama lapan hari di Peringkat Dasar sebelum sesi penggulungan oleh kementerian pada 29 Okt hingga 4 Nov, diikuti perbahasan di Peringkat Jawatankuasa dari 5 hingga 27 Nov untuk kelulusan Dewan Rakyat.

-- BERNAMA

Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan