Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

8,006 Sukarelawan SPM Dilantik Tahun Ini, Tertinggi Sejak 2023 - Fadhlina

25/12/2025 02:51 PM

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Seramai 8,006 sukarelawan dilantik bagi membantu pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, jumlah tertinggi sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan pada 2023, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata jumlah keseluruhan sukarelawan yang telah berkhidmat sepanjang tiga tahun pelaksanaan inisiatif itu bagi meringankan beban tugas guru kini mencecah 20,997 orang.

“Kami tidak akan pernah berhenti berikhtiar dan mencari jalan bagi menangani beban tugas guru.

“Langkah ini bertujuan memastikan golongan pendidik dapat memberi sepenuh tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran, di samping kesejahteraan mereka terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan