Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Struktur Tiang Rosak: Jambatan Sungai Rambai Ditutup, Pengguna Dinasihat Guna Lebuh AMJ - Exco

29/12/2025 03:29 PM

JOHOR BAHRU, 29 Dis (Bernama) -- Jambatan Sungai Rambai FT001 yang menghubungkan Kesang di Tangkak dan Sungai Rambai, Melaka, ditutup hari ini susulan struktur tiang yang rosak serta tidak selamat untuk dilalui.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati, kerosakan itu berkemungkinan berpunca daripada arus air sungai yang deras serta dirempuh sisa pokok yang hanyut.

“Berkemungkinan struktur tanah dasar sungai juga terhakis,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Justeru, pengguna jalan raya untuk semua jenis kenderaan diminta menggunakan laluan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), sebagai laluan alternatif.

Mohamad Fazil berkata tindakan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan