KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Jan.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang atau media sosial rasmi jabatan atau aplikasi mobil myCuaca.
“Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir meliputi kawasan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2 petang ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial