AM > BERITA

Tun M Dirawat Di IJN Selepas Terjatuh Di Rumah Awal Pagi Tadi

06/01/2026 12:37 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. 

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff mengesahkan perkara itu menerusi makluman di saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau berkata pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN oleh ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.

“Beliau telah terjatuh pada awal pagi tadi dan pada kebiasaannya, perkara itu memerlukan pemerhatian lanjut di hospital.

"Saya difahamkan beliau telah terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian di balkoni rumah untuk ke ruang tamu,” katanya.

Sufi berkata keadaan terkini Dr Mahathir akan dimaklumkan selepas beliau selesai menjalani pemeriksaan oleh pakar IJN.

Bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu pernah dirawat di IJN pada 13 Julai tahun lepas akibat keletihan namun beliau telah dibenarkan keluar pada hari yang sama.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan