AM > BERITA

Azhan Seru Warga Tentera Darat Kekalkan Profesionalisme, Perpaduan

06/01/2026 03:00 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Panglima Tentera Darat Jen Datuk Azhan Md Othman menyeru warga Tentera Darat untuk mengekalkan profesionalisme dan perpaduan susulan tular dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di sebuah kem tentera.

Beliau menegaskan bahawa perkara itu dipandang serius, namun percaya situasi berkenaan mampu dikawal.

“Semua anggota Tentera Darat diminta bertenang dan terus mengekalkan disiplin serta nilai profesionalisme. Kita perlu bersatu teguh demi memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin,” katanya selepas menghadiri Acara Kawalan Kehormatan Utama Panglima Tentera Darat Ke-31 di Dataran Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini diarahkan menjalankan siasatan dalaman segera, bagi memastikan integriti, disiplin dan keselamatan pasukan sentiasa terpelihara.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat PTD ke-31.

Azhan dilantik PTD ke-31 berkuat kuasa 1 Jan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera Ke-631 pada 19 Nov dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Dis.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan