BERITA TERGEMPAR   Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | 
 AM > BERITA

252 Sekolah Di Perak Kurang Murid - Pengarah Pendidikan Negeri

12/01/2026 11:27 AM

KUALA KANGSAR, 12 Jan (Bernama) -- Sebanyak 252 sekolah di Perak diklasifikasi sebagai sekolah kurang murid (SKM) pada tahun ini iaitu kurang daripada 150 pelajar, kata Pengarah Pendidikan Perak Zulkafli Mohamed Mokhtar.

Beliau berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar antara yang paling tertinggi jumlah SKM iaitu 33 sekolah diikuti PPD Bagan Datuk (32) dan PPD Batang Padang (30).

Zulkafli berkata Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil adalah yang paling tinggi merekodkan SKM iaitu 91 manakala Sekolah Kebangsaan (SK) sebanyak 79 sekolah diikuti SJK Cina (70) dan SK Orang Asli (12).

Ad Banner

“Ada sekolah yang beroperasi dengan tujuh orang murid, ada juga dengan lima orang sahaja.

"Antara faktor yang menyebabkan sekolah mempunyai kurang murid ini adalah sejarah dan geografi selain mengikut ibu bapa berpindah ke tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas Program First Day At School di SK Raja Perempuan Muzwin di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.

Terdahulu, Zulkafli dalam ucapannya berkata konsep Sekolah Selamat bukan sahaja membabitkan keselamatan fizikal tetapi juga merangkumi keselamatan emosi dan kesejahteraan murid. 

“Antara contoh Sekolah Selamat ialah laluan selamat ke sekolah dan dalam kawasan sekolah, pematuhan disiplin selain usaha berterusan untuk mencegah serta menangani perbuatan buli dan jenayah seksual.

“Dalam hal ini, murid perlu diajar untuk mematuhi peraturan lalu lintas, menggunakan laluan yang ditetapkan, berdisiplin dalam tingkah laku serta saling menghormati dan tidak menyakiti rakan-rakan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan