AM > BERITA

14 Kementerian Gagal Capai Sasaran Perbelanjaan Projek Pembangunan – KSN

15/01/2026 01:13 PM

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Sejumlah 14 kementerian dikenal pasti tidak berjaya mencapai sasaran dalam pelaksanaan pembangunan projek fizikal yang diperuntukkan pada tahun lepas, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata status perbelanjaan pembangunan projek di bawah kementerian itu mencatat 87.91 peratus iaitu berada di bawah purata nasional dan memerlukan perhatian serius.

“14 Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) ini akan saya panggil, dan keputusan ini akan menjejaskan penilaian prestasi mereka melalui DEEP. Projek-projek rakyat seperti pembaikan jalan, pembinaan sekolah, klinik dan hospital telah dilaksanakan, tetapi perlaksanaannya lambat, sebab itu hanya 87 peratus sahaja dicapai.

Ad Banner

“Sebab peruntukan ini kita beri tapi tidak digunakan sepenuhnya, jadi ia rugi. Sepatutnya dana ini boleh dimanfaatkan untuk projek lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Ketua Setiausaha Negara 2026 di Putrajaya, hari ini.

Dalam amanat berkenaan, beliau berkata sehingga 22 Dis 2025, sebanyak 9,578 projek pembangunan telah dilaksanakan dengan peruntukan RM83.06 bilion, manakala prestasi perbelanjaan merekodkan RM81.67 bilion.

Ia menyaksikan purata nasional prestasi perbelanjaan bagi projek pembangunan ialah 98.33 peratus.

DEEP atau Sistem Penilaian Prestasi Demerit diperkenalkan bagi menilai prestasi penjawat awam, dengan demerit dikenakan jika objektif yang ditetapkan gagal dicapai.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan