AM > BERITA

Kehilangan Nadia Kesuma Dilaporkan Kepada Polis Arab Saudi

17/01/2026 01:51 PM

PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Kehilangan pelakon Nadia Kesuma yang dikatakan gagal dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada Khamis lepas telah dilaporkan kepada polis Arab Saudi. 

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman berkata laporan mengenai kehilangan pelakon itu telah dibuat dan pihaknya menunggu hasil siasatan polis Arab Saudi. 

“Kita sedang tunggu hasil penyiasatan (daripada pihak polis Arab Saudi),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ad Banner
Ad Banner

Hari ini, Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata laporan kehilangan pelakon Nadia Kesuma kini dirujuk kepada Konsulat Malaysia di Arab Saudi.

Beliau berkata laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga pelakon itu di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA semalam, diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH).

Media melaporkan pelakon filem Syaitan Munafik itu gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada Khamis.

Kehilangan itu turut disahkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), semalam.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata beliau secara peribadi telah memaklumkan perkara terbabit kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menjejaki pelakon berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan