AM > BERITA

Sultan Nazrin Berangkat Ke Majlis Pemasyhuran Presiden KBGK 2026

18/01/2026 11:53 PM

IPOH, 18 Jan (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyaksikan Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) 2026 di sini malam ini.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. 

Dalam majlis itu, Ismail Mohamed Yusuff yang juga seorang arkitek dimasyhurkan sebagai presiden ke-39 kelab berkenaan menggantikan Muhammad Hamzah Md Hamdan. 

Ad Banner
Ad Banner

Ismail yang menyertai kelab itu sejak 2016, antara individu yang terlibat dalam pembinaan beberapa bangunan di negeri ini, seperti Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 2016, Masjid Toh Puan Besar Hatijah (2014) dan mendapat pengiktirafan dunia menerusi Pusat Akuatik Tuanku Zara pada 2018.

Sementara itu, Ismail berkata misi utama kepimpinannya adalah memperkukuh integrasi kaum melalui kerjasama strategik melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai latar belakang di Perak.

Beliau berkata antara usaha yang dilaksanakan oleh kelab itu adalah bekerjasama dengan beberapa rakan strategik seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Persatuan Nesakaranggal Perak dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan