AM > BERITA

Penunggang Motosikal Maut Terlangar Van Di Kuala Selangor

22/01/2026 11:47 AM

SHAH ALAM, 22 Jan (Bernama) -- Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Klang–Teluk Intan berhampiran sebuah hotel dalam kejadian kira-kira 6.50 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata kemalangan berlaku apabila mangsa dari arah Tanjong Karang menuju Kuala Selangor melanggar sebuah van yang sedang membelok memasuki simpang di laluan sama.

"Penunggang, lelaki berusia 40 tahun, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ad Banner
Ad Banner

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kesilapan kedua-dua pihak, dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Azaharudin menambah laluan itu akan dipantau lebih kerap bagi mengurangkan risiko kemalangan, selain menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas, menumpukan perhatian ketika memandu atau menunggang, serta menggunakan kelengkapan keselamatan seperti helmet dan lampu motosikal yang berfungsi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di 03-3289 1222 atau tampil ke balai polis berdekatan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan