AM > BERITA

Lotus’s Malaysia Buka Pasar Raya Kejiranan Bersambung LRT Di Datum Jelatek

24/01/2026 08:30 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) hari ini secara rasmi membuka Lotus’s Datum Jelatek, sebuah pasar raya kejiranan baharu yang direka untuk gaya hidup bandar sebenar di mana kemudahan, nilai dan kebolehcapaian menjadi keutamaan.

Terletak di dalam Pusat Beli-Belah Datum Jelatek dan dihubungkan secara terus ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek di Laluan Kelana Jaya, pasar raya seluas 2,000 meter persegi itu dibangunkan untuk memenuhi keperluan penumpang harian, penduduk setempat dan golongan bekerja yang memerlukan penyelesaian beli-belah barangan runcit yang pantas serta berpatutan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.

Ketua Pegawai Operasi Lotus’s Malaysia Neil Gurusamy pasar raya ini direka untuk menyesuaikan diri secara semula jadi dengan kehidupan seharian pelanggan.

Ad Banner
Ad Banner

“Sama ada singgah seketika selepas waktu kerja atau membeli barangan untuk seisi keluarga, Lotus’s Datum Jelatek menawarkan gabungan kemampuan harga, pilihan dan kemudahan yang tepat untuk komuniti setempat,” katanya pada majlis pembukaan pasar raya itu, yang juga cawangan ke-70 Lotus’s, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Kewangan dan Pembangunan Hartanah Lotus’s Malaysia Yvonne Yong.

Dengan akses terus dari Stesen LRT Jelatek serta rangkaian ke lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2, pasar raya ini diposisikan sebagai hentian beli-belah yang mudah untuk pengguna pengangkutan awam dan pemandu dari kawasan Keramat-Jelatek serta sekitar Kuala Lumpur.

Menampilkan susun atur yang jelas dengan papan tanda intuitif, pasar raya ini menawarkan rangkaian terpilih lebih 12,000 unit penyimpanan stok (SKU) merangkumi hasil segar, barangan runcit, makanan sejuk beku, produk bakeri, keperluan isi rumah, produk kesihatan dan kecantikan, kelengkapan rumah serta peralatan elektrik kecil.

Antara tarikan utama ialah LoTi, jenama bakeri eksklusif dalaman Lotus's selain pilihan barangan segar dan sejuk beku yang ditawarkan pada harga jimat harian tanpa menjejaskan kualiti.

Bagi meraikan pembukaan ini, Lotus’s Datum Jelatek menawarkan pelbagai promosi dan ganjaran eksklusif antaranya tawaran sehari dari 24 hingga 31 Jan 2026 terhad kepada 1,000 unit setiap item.

Tawaran itu termasuk tisu dapur Lotus’s dan telur gred C pada harga RM7.88, minyak masak Lotus’s pada harga RM26.99, ikan siakap bersaiz M (400g-600g) pada harga RM7.88 seunit, tembikai merah RM0.98 sekilogram (kg) serta promosi beli satu percuma satu untuk sardin dalam tin Lotus's.

Pembeli juga boleh menikmati diskaun sehingga 40 peratus untuk barangan terpilih seperti barangan runcit, snek, minuman, produk kesihatan dan kecantikan serta peralatan elektrik rumah, dan antara sorotan utama ialah ayam halal Lotus's pada harga RM5.88 sekilogram, udang sederhana L pada harga RM22.88 sekilogram, lobak merah (500 gram) pada harga RM0.98 sebungkus, pengisar dan penggiling Elba pada harga RM58.88 seunit serta Air Fryer MAG Rapid 4.5L pada harga RM80.88 seunit.

Selain itu, aktiviti eksklusif dan ganjaran untuk ahli My Lotus’s termasuk permainan mesin cakar Tangkap & Menang dengan perbelanjaan minimum RM80 dari 24 hingga 25 Jan, percuma nasi lemak, Roti Gardenia/Massimo dan kek cawan Lotus's terhad kepada 150 set sehari, sementara stok masih ada, serta nikmati 3X mata kesetiaan My Lotus's untuk ahli sedia ada dan baharu dengan perbelanjaan minimum RM80 di Lotus's Datum Jelatek dari 24 Jan hingga 3 Feb 2026.

Ahli juga boleh menikmati baucar tunai melalui promosi “Jimat! Lagi Jimat!” dengan perbelanjaan minimum RM120 dan menyertai Peraduan Semuanya Ekstra Ongsem Belanja & Menang yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM888,888 termasuk ganjaran mingguan dan hadiah utama.

Selaras dengan komitmen terhadap komuniti yang dilayani, pelancaran ini turut menonjolkan kerjasama Lotus's dengan Kechara Soup Kitchen di bawah inisiatif #KitakanJiran, yang mengagihkan lebihan makanan kepada komuniti yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran serta promosi eksklusif di Lotus’s Datum Jelatek, sila rujuk saluran rasmi Lotus's di Facebook dan Instagram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan