AM > BERITA

106 JKKK Di Bawang Assan Terima Geran Program Transformasi Luar Bandar

24/01/2026 08:27 PM

SIBU, 24 Jan (Bernama) -- Sebanyak 106 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan masing-masing menerima geran berjumlah RM1,000 daripada Kerajaan Negeri Sarawak hari ini.

Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew berkata geran berkenaan merupakan peruntukan khas tahunan yang disalurkan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada ahli-ahli Dewan Negara.

“Geran khas ini bagi membolehkan senator daripada GPS melaksanakan kerja-kerja di kawasan DUN di Sarawak. Kelmarin, enam senator GPS telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan geran Program Transformasi Luar Bandar (MRP) yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu, hari ini.

Lau berkata walaupun jumlah geran berkenaan tidak terlalu besar, ia mampu dimanfaatkan oleh JKKK bagi melaksanakan program dan aktiviti untuk kepentingan rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau berkata kestabilan politik Sarawak hari ini adalah hasil kepimpinan kukuh serta perpaduan rakyat berbilang kaum yang perlu terus dipelihara bagi memastikan kedudukan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia kekal kuat dan disegani.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan