AM > BERITA

Kerajaan Semak Semula SOP, Proses Pelesenan Di Wilayah Persekutuan

26/01/2026 01:13 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) serta proses yang melibatkan pelesenan dan transaksi harian di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) serta Perbadanan Labuan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan proses berkenaan menjadi lebih mudah dan senang diakses oleh orang ramai.

"Saya komited untuk memudahkan transaksi perniagaan di Kuala Lumpur. Saya juga meletakkan komitmen untuk mengurus Wilayah Persekutuan dengan lebih telus dan mendapat kerjasama yang lebih baik daripada sektor swasta.

Ad Banner
Ad Banner

"Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), saya percaya bahawa perniagaan yang berkembang maju dan hubungan komuniti yang erat dapat bergerak seiringan," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Hannah berkata antaranya, Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMC) Kuala Lumpur dan Selangor yang menjadikan penglibatan lebih mudah dan bermakna serta menyumbang secara positif kepada ekosistem perniagaan yang lebih luas.

Bersempena dengan ulang tahun FMC Kuala Lumpur dan Selangor ke-58, beliau turut mengucapkan tahniah dan berharap dapat menjalin kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan