AM > BERITA

Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar Dilaksanakan UIAM, Sebuah Universiti Berwibawa - Hannah

03/02/2026 02:03 PM

PUTRAJAYA, 3 Feb (Bernama) -- Kajian cadangan untuk mewujudkan pilihan raya bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dilaksanakan sebuah universiti yang berwibawa, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

Beliau berkata kajian tersebut dilaksanakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak Disember lepas susulan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian dikemukakan oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

"Jangan takut, kajian ini dilakukan oleh UIA, sebuah universiti berwibawa," katanya pada sidang media selepas majlis menadatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Hannah berkata setelah kajian itu disiapkan, Jemaah Menteri akan meneliti hasilnya sebelum membuat sebarang keputusan sama ada ia sesuai dilaksanakan atau tidak.

"Kita akan sediakan kertas untuk maklumkan kepada Kabinet sama ada Jabatan Wilayah Persekutuan hendak pinda akta atau tidak," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan