AM > BERITA

Hutan Di Taman Botani Pulau Pinang Terbakar

04/02/2026 09:39 PM

GEORGE TOWN, 4 Feb (Bernama) -- Kawasan hutan seluas kira-kira lima hektar di Taman Botani Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga, di sini terbakar petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.24 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong bersama lima jentera ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati terdapat kebakaran hutan dengan anggaran keluasan lima hektar. Komander Operasi bertindak menjalankan size up di lokasi kejadian sebelum kerja-kerja pemadaman dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ad Banner
Ad Banner

John berkata ketika ini operasi pemadaman masih diteruskan yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) New Ferry, Paya Terubong dan Bukit Bendera selain bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan