Ad Banner
 AM > BERITA

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Penha

05/02/2026 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika Penha yang bergerak ke arah barat pada kelajuan 25 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 1,065km ke Timur Laut Kinabatangan, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.

Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 5 petang tadi adalah di latitud 8.6 utara dan longitud 127.4 timur, kira-kira 250km ke Timur Laut Davao, Filipina.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan