Ad Banner
 AM > BERITA

Dzulkefly Tekad Pastikan Akses Rawatan Penyakit Jarang Jumpa Terus Terbela

05/02/2026 10:37 PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kisah perjuangan seorang pesakit penyakit jarang jumpa yang didiagnosis dengan Spinal Muscular Atrophy (SMA) Tahap 1 sejak usia setahun, Branden Lim menyentuh hati Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sekali gus mengukuhkan azamnya untuk terus memastikan bukan sahaja akses rawatan, malah masa depan anak-anak yang senasib terus terbela.

Menerusi hantaran di Facebook, Dzulkefly berkata Branden mendapat akses rawatan pada usia 10 tahun, yang memberi peluang kedua kepada remaja itu untuk terus berkarya.

“Kini pada usia 15 tahun, beliau menggunakan kreativiti untuk bercerita kepada dunia.

Ad Banner

“Melihat Branden hari ini menguatkan lagi azam saya di Kementerian Kesihatan (KKM) terutamanya untuk penyakit jarang jumpa. Rawatan bukan sekadar ubat-ubatan tetapi ia adalah tentang memberi masa depan, harapan dan peluang untuk anak-anak seperti Branden mengejar impian mereka,” katanya.

Dalam hantaran sama, Dzulkefly turut memuat naik gambar bersama Branden yang menghadiahkan sekeping kad seni dengan coretan ringkas “Terima kasih atas sokongan anda. Time is Neuron sempena Sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

“Terima kasih Branden atas hadiah karya seni ini. Awak adalah inspirasi buat saya dan seluruh warga KKM,” katanya.

Beliau berkata perjuangan Branden turut disokong oleh semangat ibu bapanya, Edmund dan Sook Yee, yang bukan sahaja tidak pernah berputus asa, malah mengasaskan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), WeCareJourney (SMACare), bagi memastikan keluarga lain yang senasib tidak berjuang sendirian.

Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut pada hari terakhir setiap Februari.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan