Ad Banner
 AM > BERITA

SU Akhbar, Komunikasi Korporat Jambatan Kerajaan Rakyat - PM Anwar

07/02/2026 11:17 PM

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat berperanan sebagai barisan hadapan komunikasi kerajaan dalam memastikan dasar serta agenda negara diterjemah secara jelas, tepat dan berintegriti kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan dan rakyat perlu sentiasa didekatkan umpama sebuah jambatan yang kukuh supaya kerajaan dapat terus berfungsi secara berkesan demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat.

Ad Banner

“Dalam konteks ini, mereka memainkan peranan penting sebagai penghubung utama antara pentadbiran dan masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat supaya sentiasa cakna dan peka terhadap pelbagai bentuk serangan dengan menyediakan hujah serta justifikasi yang tegas.

“Negara ini harus ditegakkan dengan fakta, bukan sentimen yang merosakkan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan