Ad Banner
 AM > BERITA

Ahmad Zahid Lancar Buku Ijtihad Demi Rakyat

08/02/2026 11:09 PM

KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku berjudul Ijtihad Demi Rakyat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini malam ini.

Buku itu merupakan kompilasi petikan ucapan dan pencapaian utama Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Turut hadir pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Buku Ijtihad Demi Rakyat itu ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ad Banner

KKDW dalam kenyataan memaklumkan buku itu turut menghimpunkan petikan ucapan dan kerangka pemikiran serta pencapaian kementerian yang menterjemahkan mandat kepimpinan kepada tindakan tersusun, dengan mengambil bait ayat “Dari Langit Turunnya Mandat, kepada Desa Bakti Dipahat” yang dizahirkan melalui penulisan buku berkenaan.

Menurut KKDW, hasil nukilan Ijtihad Demi Rakyat itu mencerminkan perjalanan transformasi KKDW daripada perancangan kepada pelaksanaan, serta komitmen berterusan kementerian sebagai sebuah institusi yang berfungsi secara bersepadu.

“Ia merangkumi kepimpinan, bahagian dan agensi pelaksana bagi memastikan dasar bukan sahaja dirangka dengan baik, tetapi dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan masyarakat,” menurut KKDW. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan