Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Anwar Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Amerika Syarikat

11/02/2026 10:08 PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan yang bakal menamatkan perkhidmatannya di negara ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata pertemuan itu turut menjadi ruang untuk menzahirkan penghargaan atas sumbangan Kagan yang akan kembali ke Washington dalam masa terdekat dalam memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan AS.

Beliau berkata ia termasuk dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan, digital, teknologi serta kerjasama keselamatan.

Ad Banner

“Hubungan erat antara kedua-dua negara kekal penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memperluas peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat,” kata beliau.

Kagan yang mula berkhidmat sebagai Duta AS ke Malaysia yang ke-22 sejak Disember 2023 dan sebelum itu sebagai timbalan ketua perwakilan bakal mengakhiri tempoh perkhidmatan di negara ini pada 16 Feb ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan