Ad Banner
 AM > BERITA

Pengasas Big Blue Taxi Shamsubahrin Meninggal Dunia

11/02/2026 11:18 PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pengasas perkhidmatan teksi premium Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail, 60, meninggal dunia pada jam 1.32 tengah hari tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser kolon.

Berita pemergian Allahyarham disahkan isterinya Datin Suzana Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama.

Menurut Suzana, Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap kanser kolon tahap empat pada 2015 dan berjaya melawan penyakit itu. Namun, kanser berkenaan kembali menyerang sehingga menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital tiga minggu lalu.

Ad Banner

“Disebabkan kesakitan yang teruk, arwah tidak lagi mahu meneruskan rawatan termasuk dialisis dan keadaan kesihatannya semakin merosot,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 5 pagi tadi, Allahyarham mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir di HKL.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Jenazah akan dibawa ke rumah ibunya di Shah Alam, Selangor, sebelum dimandikan dan disolatkan di Masjid Bukit Jelutong pada 8 pagi esok.

Allahyarham kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

Shamsubahrin dikenali sebagai antara figura industri teksi tempatan dan lantang menyuarakan isu berkaitan industri pengangkutan awam serta perkhidmatan e-hailing di negara ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan