Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir Sipitang: 195 Penduduk Berlindung Di Dua PPS Pagi Ini

12/02/2026 08:59 AM

KOTA KINABALU, 12 Feb (Bernama) -- Sebanyak 195 orang daripada 93 keluarga yang terjejas banjir di Sipitang kini berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS), pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 91 orang daripada 43 keluarga yang direkodkan semalam.

"Kesemua mangsa itu merupakan penduduk dari 14 kampung di Sipitang yang terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu.

Ad Banner

PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berempah menempatkan 93 orang daripada 45 keluarga, manakala 102 orang daripada 48 keluarga berlindung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berampah.

Hujan lebat sejak petang Selasa menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mengalong seterusnya mengakibatkan banjir di kawasan kampung berhampiran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan