KOTA KINABALU, 14 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort meningkat kepada 312 orang daripada 121 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 304 orang daripada 130 keluarga petang semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.
“Lapan kampung terjejas sejak daerah itu dilanda banjir pada Khamis berikutan hujan berterusan,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah akan mengalami hujan sebelah pagi dan malam, manakala ribut petir pada petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial