Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

754 Individu Dikenal Pasti Laku Kesalahan Buang Sampah

14/02/2026 04:57 PM

IPOH, 14 Feb (Bernama) -- Seramai 754 individu termasuk warga asing di seluruh negara dikenal pasti melakukan kesalahan membuang sampah di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) setakat hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata daripada jumlah itu, seramai 478 individu akan didakwa di mahkamah sejak penguatkuasaan akta bermula 1 Jan lepas.

Beliau berkata seramai 15 pesalah yang telah dijatuhi hukuman mahkamah sudah memulakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bermula semalam.

Ad Banner
Ad Banner

“Mereka telah dihukum dan diarahkan menyapu sampah, mencuci longkang serta tandas selama empat jam, yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan Kasih MADANI Parlimen Tambun sempena Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang disempurnakan Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy, di sini, hari ini.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan