KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Penyertaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam Eksesais Desert Tiger disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan, profesionalisme dan keupayaan anggota, selari dengan usaha memperkasakan kerjasama pertahanan dua hala antara Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebanyak 15 pegawai dan 86 anggota daripada Batalion ke-7, Rejimen Renjer Diraja berjaya menamatkan Eksesais Desert Tiger yang diadakan di Ajman, UAE.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat atas komitmen, disiplin serta semangat yang tinggi sepanjang eksesais bilateral selama 13 hari.
“Latihan ini memberikan pendedahan langsung dalam pelaksanaan operasi dalam kawasan terbina (OBUA) di persekitaran padang pasir, di samping menjadi platform pertukaran doktrin serta taktik, teknik dan prosedur (TTP) bersama dengan Tentera Darat UAE,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
-- BERNAMA
Mohamed Khaled, Eksesais Desert Tiger, UAE, TDM
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial