KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan hadir bersama-sama masyarakat Hindu yang meraikan perayaan Ponggal di Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak bersempena dengan lawatan kerja beliau ke Tambun.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata dalam kesempatan itu, beliau menitipkan pesanan bahawa Malaysia mesti terus aman dan segala permasalahan harus ditangani secara berhemah.
“Saya sampaikan bahawa negara ini mesti terus aman dan menjunjung kedaulatan undang-undang, dan segala permasalahan memerlukan penanganan secara berhemah, bukan dengan terus memicu pertelingkahan,” katanya menerusi perkongsian itu.
Perdana Menteri turut menyentuh mengenai usaha kerajaan dalam menyelesaikan isu tempat ibadat yang dibina secara tidak sah.
“Seperti banyak isu warisan lain yang Kerajaan MADANI telah selesaikan, isu tempat ibadat yang dibina secara tidak sah ini juga akan diselesaikan dengan berani, bijaksana serta tuntas tanpa mengorbankan keamanan yang telah lama terbina,” kata Anwar.
Ponggal ialah perayaan menuai dan kesyukuran masyarakat Tamil bagi menzahirkan penghargaan kepada Tuhan atas limpahan hasil pertanian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial