Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Projek Tambahan Di Sekolah Sukan Malaysia Pahang Pastikan Pembelajaran Lebih Kondusif - Fadhlina

17/02/2026 05:40 PM

KUANTAN, 17 Feb (Bernama) -- Projek pembinaan bangunan dan kemudahan tambahan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran serta latihan sukan yang lebih kondusif untuk atlet, guru dan seluruh warga sekolah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam hantaran di Facebook hari ini berkata projek yang merangkumi pembinaan asrama, astaka berbumbung, dewan serba guna terbuka, kuarters, padang hoki sintetik, padang latihan dan pelbagai kemudahan lain itu bertujuan menampung keperluan di SSMP.

“SSMP perlu terus hebat, melahirkan lebih ramai jaguh sukan yang membanggakan negara di persada antarabangsa pada masa hadapan.

Ad Banner
Ad Banner

“SSMP hebat dalam sukan ragbi. Saya mengikuti rapat perkembangan pasukan 'Falcons' yang berjaya mengungguli kejohanan berprestij peringkat kebangsaan, Super Schools Rugby 2025 dan yang terkini, muncul juara Kejohanan Ragbi Asia Tujuh Sebelah Bawah 19 Tahun 2026,” katanya.

Beliau juga berharap SSMP terus cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan