KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pemergian bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad merupakan satu kehilangan besar kepada negara terutama badan kehakiman.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan hari ini memaklumkan Allahyarham yang merupakan Ketua Hakim Negara bermula 1 Nov 2007 hingga 17 Okt 2008 telah banyak berjasa kepada badan kehakiman sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Sehubungan itu, Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili Badan Kehakiman Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdul Hamid.
"Sesungguhnya kepulangan Allahyarham ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh warga Kehakiman khasnya dan negara amnya,” menurut kenyataan itu.
Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tengah hari tadi.
Allahyarham meninggalkan isteri, Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan empat orang anak.
Sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara, Allahyarham pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 Sept 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial