PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menegaskan pihaknya tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana parti politik atau pertubuhan berdaftar.
Dalam kenyataan hari ini, JPPM memaklumkan sebarang pertikaian dalaman adalah tanggungjawa pertubuhan berkenaan untuk diselesaikan mengikut perlembagaan masing-masing.
“Sehubungan itu, JPPM menyangkal dakwaan salah laku oleh Malaysian Indian People's Party (MIPP) berhubung keputusan JPPM mengenai isu dalaman organisasi itu.
“Segala keputusan dibuat sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966, perlembagaan pertubuhan serta prosedur pentadbiran yang berkuat kuasa, perlembagaan pertubuhan berkaitan serta penelitian terhadap dokumen dan representasi yang dikemukakan,” menurut kenyataan itu.
Menurut JPPM sebarang tuduhan salah guna kuasa atau pengaruh tidak wajar adalah tidak berasas dan menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.
Media semalam melaporkan pengasas MIPP S. Santharasekaran membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Pengarah JPPM Datuk Mohd Zulfikar Ahmad atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pengeluaran surat yang bercanggah melibatkan MIPP.
Bagaimanapun, Mohd Zulfikar hari ini dilaporkan menafikan dakwaan salah guna kuasa itu dan menyatakan tindakan JPPM adalah berdasarkan hasil siasatan dan bukti berkaitan yang dikemukakan kepada pihaknya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial