Ad Banner
 AM > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 3,685 Orang

21/02/2026 09:15 AM

KOTA KINABALU, 21 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 3,685 orang daripada 1,593 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 406 orang daripada 124 keluarga petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) kini beroperasi di tiga daerah terjejas iaitu Kota Marudu, Pitas dan Paitan manakala 47 kampung terjejas iaitu 30 di Pitas, 12 di Kota Marudu serta lima di Paitan.

Di Kota Marudu, jumlah mangsa meningkat kepada 1,978 orang daripada 925 keluarga berbanding 290 orang daripada 90 keluarga petang semalam, dengan kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Di Pitas pula, jumlah mangsa meningkat kepada 1,515 orang daripada 593 keluarga berbanding 116 orang daripada 34 keluarga semalam, dan mereka kini ditempatkan di lapan PPS.

Sementara itu di Paitan, seramai 192 orang daripada 75 keluarga berlindung di enam PPS.

Ketiga-tiga daerah dilanda banjir pada 6 pagi semalam susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah pagi manakala ribut petir berpotensi berlaku pada sebelah petang dan malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan