IPOH, 24 Feb (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 10 keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut dan pokok tumbang melanda kawasan Taman Damai, Simpang di Taiping lewat petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) Mohd Nasrul Menhat berkata PPS di Dewan Serbaguna Taman Kaya itu dibuka 6.30 petang tadi.
“Terdapat lebih 10 keluarga yang tidak dapat memasuki kediaman masing-masing berikutan kerja pembersihan rumah tidak dapat dilaksanakan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang memaklumkan setakat 8 malam ini 92 mangsa daripada 10 keluarga terlibat dan ditempatkan di PPS tersebut.
Antara kawasan terjejas Taman Kaya, Kg Sentosa, Batu 2 ½, Kg Pak Darus, Taman Ria, Taman Damai, Taman Pengkalan Indah, Pengkalan Aur, PPR Simpang Perdana dan Jalan Simpang.
Ribut juga telah menyebabkan kerosakan termasuk rumah ditimpa pokok, bumbung rumah diterbangkan angin, bumbung premis perniagaan runtuh, kerosakan khemah bazar Ramadan, kaki lima Masjid Pengkalan Aur runtuh, kerosakan pagar Kubur Masjid Pengkalan Aur dan bumbung surau Taman Pengkalan Indah tercabut selain kerosakan beberapa kenderaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial