Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

26/02/2026 04:58 PM

KOTA KINABALU, 26 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus mencatatkan peningkatan kepada 4,458 orang setakat 4 petang ini berbanding 3,617 yang direkodkan pada 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa daripada 1,505 keluarga itu ditempatkan di 22 pusat pemindahan yang beroperasi di lima daerah.

Berdasarkan data terkini, daerah Tenom terus merekodkan mangsa tertinggi dengan peningkatan kepada 2,406 orang daripada 795 keluarga yang berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah mangsa di daerah Beaufort turut mencatatkan peningkatan kepada 1,231 orang daripada 384 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon, PPS Dewan DUN Banir dan PPS baharu yang dibuka iaitu Dewan Kesenian dan Kebudayaan Bisaya.

Situasi banjir di tiga daerah iaitu Sipitang, Membakut dan Sook tidak menunjukkan sebarang perubahan jumlah mangsa berbanding tengah hari tadi.

Sipitang kekal merekodkan 421 mangsa daripada 176 keluarga diikuti Membakut (321 mangsa daripada 125 keluarga dan Sook (79 mangsa daripada 25 keluarga.

Secara keseluruhan, jumlah kampung yang terjejas akibat bencana banjir di kelima-lima daerah kekal 146 dan setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan