Ad Banner
 AM > BERITA

Cef Khiew Perkenal Menu 'Rasa Bonda' Berteraskan Warisan Cina Halal Kontemporari

28/02/2026 11:20 AM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Cef selebriti berpengalaman, Cef Khiew memperkenalkan menu terbaharunya, Rasa Bonda, yang mengangkat warisan kulinari masyarakat Cina menerusi inspirasi hidangan klasik Guangdong dan Hong Kong dalam versi halal kontemporari.

Tanpa menjejaskan keaslian rasa, menu Rasa Bonda diinspirasikan daripada hidangan tradisional masyarakat Cina, Poon Choi, yang lazim disajikan dalam satu bekas untuk dinikmati bersama, melambangkan nilai kekeluargaan, perpaduan dan kemakmuran.

InHome Dining Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan Rasa Bonda mengandungi pelbagai bahan premium seperti daging, makanan laut, sayur-sayuran segar serta sos khas disusun secara berlapis dan dimasak bersama dengan setiap lapisan menyerap rasa antara satu sama lain dan menghasilkan cita rasa yang sangat enak dan menyelerakan. 

Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, hidangan tersebut juga mempunyai kuah berlemak dan haruman berempah yang mencipta memori tersendiri.

Resipi tersebut juga diinspirasikan daripada kenangan terhadap ibu kepada rakan Cef Khiew yang saban tahun tekun memasak hidangan itu untuk keluarga ketika musim perayaan.

“Ditawarkan pada harga RM168, set Rasa Bonda menggabungkan pilihan makanan laut, bebola daging serta sos istimewa dan sesuai untuk hidangan empat hingga enam orang,” katanya.

Rasa Bonda telah dilancarkan baru-baru ini dengan kehadiran 20 pempengaruh yang akan mempromosi menu ini melalui platform TikTok, dan hidangan itu boleh didapati di platform TikTok Shop Inhome Dining Sdn Bhd.

Pra-pelancaran eksklusif itu juga menandakan komitmen berterusan Cef Khiew dalam memperkenalkan kepelbagaian warisan kulinari versi halal tanpa mengorbankan keaslian rasa dan nilai tradisi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan