Ad Banner
 AM > BERITA

Tengku Ampuan Pahang Santuni Dua Anak Mangsa Kebakaran Di Raub

28/02/2026 10:53 PM

KUANTAN, 28 Feb (Bernama) -- Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli berangkat menyantuni dua anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub.  

Baginda menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan nasib dua beradik berkenaan iaitu Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi,19, dan Ahmad Balia Murqam,15, dengan menitahkan agar pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi membela nasib mereka terutama membabitkan penjagaan dan pendidikan. 

“Selain menitipkan nasihat dan kata-kata semangat, baginda turut menyampaikan kurniaan peribadi Sultan Pahang (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan baginda sendiri,” menurut hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini. 

Ad Banner
Ad Banner

Kebakaran pada awal pagi Khamis lepas telah mengorbankan Mohd Alawi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10 tahun.

Ruby Adalia Balqis yang merupakan pelajar matrikulasi di Gambang, di sini manakala Ahmad Balia Murqam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong terselamat kerana tiada di rumah ketika insiden menyayat hati itu berlaku. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan