Ad Banner
 AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Sabah Berkurang Kepada 6,462 Orang Pagi Ini

01/03/2026 08:55 AM

KOTA KINABALU, 1 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah sedikit berkurang kepada 6,462 orang daripada 2,124 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 6,595 orang daripada 2,173 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan 30 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan melibatkan tiga daerah iaitu, Beaufort, Membakut dan Tenom.

Di daerah Tenom, jumlah mangsa kekal tertinggi iaitu 4,931 orang, diikuti Beaufort (1,462) dan Membakut (69).

Ad Banner
Ad Banner

Untuk makluman, daerah Beaufort dan Membakut terletak di Pantai Barat Sabah, arah barat daya dari Kota Kinabalu, manakala Tenom berada di kawasan Pedalaman negeri itu.

Secara keseluruhan, jumlah kawasan terjejas akibat banjir di ketiga-tiga daerah terbabit kekal  155 kampung.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau mangsa terkorban dilaporkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan