Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

JAPEN Melaka Sasar Jangkau 250,000 Orang Menerusi IoW Tahun Ini

04/03/2026 12:40 PM

MELAKA, 4 Mac (Bernama) -- Jabatan Penerangan (JAPEN) Melaka menyasarkan untuk menjangkau kira-kira 250,000 orang menerusi program Info On Wheels (IoW) pada tahun ini, kata Pengarah JAPEN Melaka Mazli Hamdan.

Beliau berkata ia dijangka meningkat lebih 90,000 orang pada tahun ini berbanding 154,125 orang yang berjaya dijangkau jabatan itu pada tahun lepas.

“Kami juga menyasarkan untuk melaksanakan 320 hebahan menerusi IoW pada tahun ini dengan kekerapan enam kali seminggu selain hebahan luar jangka sebanyak lapan kali.

Ad Banner
Ad Banner

“Sebanyak 30 petugas akan bertugas bagi melaksanakan sesi hebahan itu di tiga daerah, iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah,” katanya kepada Bernama.

Mazli berkata IoW pada tahun ini akan dilaksanakan menggunakan empat kaedah, iaitu hebahan bergerak dan hebahan semasa pelaksanaan program JAPEN Melaka termasuk di peringkat daerah.

Beliau berkata selain itu hebahan semasa majlis-majlis rasmi kerajaan negeri yang menggunakan perkhidmatan Juruacara JAPEN Melaka dan pengedaran bahan terbitan seperti risalah serta sebaran bahan penerbitan secara maya, iaitu DBook Penerangan menerusi pautan https://dbook.penerangan.gov.my/.

Menurut Mazli, JAPEN Melaka akan memberi penjelasan terhadap tujuh perkara utama kepada masyarakat, iaitu dasar dan Inisiatif Kerajaan Persekutuan, isu ekonomi dan kos sara hidup, perpaduan dan kesejahteraan sosial, keselamatan dan ketenteraman awam, pendidikan dan pembangunan belia, isu tular dan penjelasan fakta dan agenda negeri.

“JAPEN Melaka berhasrat untuk memperkukuh literasi maklumat dalam kalangan rakyat dengan memberi penjelasan rasmi terhadap isu semasa yang mengelirukan, sekali gus menangani penyebaran berita palsu dan tidak benar yang mungkin berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.

“Menerusi program ini juga, JAPEN Melaka akan memberi penerangan mengenai dasar baharu Kerajaan Persekutuan, inisiatif menangani kos sara hidup, program keusahawanan dan peluang pekerjaan selain peluang latihan kemahiran dan peningkatan pendapatan kepada rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan