Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerja Letupan Batu: PLUS Aktifkan Lencongan Di Lebuhraya Utara-Selatan Di Johor 10 Mac

05/03/2026 03:35 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan lencongan dan laluan terhad sementara bagi memberi laluan kepada kerja letupan batu untuk Projek Pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan di Johor.

PLUS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengaktifan lencongan pada 10 Mac ini akan bermula pada 10 malam hingga 5 pagi keesokan harinya (11 Mac), melibatkan KM23.9 hingga KM26.1 arah utara dan KM24.7 hingga KM26.1 arah selatan.

Pengaktifan berkenaan adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan letupan batu dan pembersihan kawasan bagi Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara) yang kini sedang giat dijalankan. 

Ad Banner
Ad Banner

“Laluan di antara Persimpangan Kulai dan Senai (Utara) juga akan ditutup sementara kira-kira 1 pagi selama beberapa minit kepada semua jenis kenderaan bagi memastikan tahap keselamatan yang optimum semasa aktiviti letupan dijalankan.

“Laluan akan dibuka semula secepat mungkin setelah kerja letupan, pembersihan dan pemeriksaan keselamatan selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, PLUS menasihati pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi terpilih manakala orang ramai boleh menghubungi  talian PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan