Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Tuntut Komitmen Penjawat Awam Jayakan Aspirasi Malaysia MADANI

06/03/2026 06:06 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut komitmen berterusan daripada seluruh penjawat awam dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI bagi membawa negara ke tahap lebih maju dan berdaya saing.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata usaha itu memerlukan penerapan nilai amanah, integriti serta profesionalisme tinggi, terutama dalam mendepani suasana dunia yang semakin tidak menentu dan mencabar ketika ini.

Beliau membuat gesaan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan bersama warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Mesyuarat ini bagi membincangkan langkah reformasi perkhidmatan awam demi memperkukuh kecekapan tadbir urus serta mutu penyampaian kepada rakyat," katanya dalam catatan itu.

Selain itu, Anwar menegaskan agenda reformasi tersebut terkait rapat dengan penerapan teknologi baharu termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi meningkatkan produktiviti.

Ia juga bertujuan mempercepat proses kerja serta memantapkan keupayaan perkhidmatan awam agar lebih responsif, cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan rakyat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan